Thursday, May 3, 2012

0 comments 10:22 PM

Confinement Experience

Jalan-jalan Tmn DR after 44 days confinemnent-with beloved zauj & Anis
Hadiah dari keluarga Kuala Pilah pada hari ke-2 confinement =)

Alhamdulillah, telah habis tempoh berpantang selama 44 hari. Basically, berpantang ini more kepada pantang-larang makanan yang tidak boleh dimakan utk proses penyembuhan luka dan perawatan semula tisu-tisu yang luka dalam rahim. Bagi saya, kesukaran yang saya hadapi sewaktu berpantang ialah tidak boleh minum air sejuk. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana mechanisms dalam badan terganggu jika minum air sejuk masa pantang ini. Saya berpendapat deep study perlu dibuat berkenaan byk benda yang tidak boleh dilakukan masa berpantang. Barulah, para ibu di luar sana lebih jujur, selesa dan terbuka untuk mengikut sunnah orang-orang tua dalam berpantang. Ada sesetengah orang memanjangkan tempoh confinement ke 60 hari, ada juga hingga 100 hari. Jika melanggar sebarang larangan dalam tempoh berpantang, maka dipercayai perkara tidak diingini akan berlaku.

Isu Akidah yang Besar

Sebagai Muslim yang beriman kepada Allah, kita perlu percaya yang setiap kejadian yang berlaku pasti berlaku hanya dengan izin Allah. Jadi, kita memang totally kena sangkal yang perkara buruk yang berlaku dalam tempoh berpantang adalah kerana melanggar pantang-larang. Jika berlaku juga, itu hanya dengan izin dan kehendak Allah. Kepercayaan ini sama juga dengan kepercayaan bila mana cengkerik masuk rumah pasti akan berlaku musibah. Itulah semua adalah KHURAFAT yang boleh menggangu jejas hubungan,kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah.

Meroyan (Postpartum depression (PPD)). Satu lagi terms dan perkara yang saya belajar daripada pengalaman yang tidak seberapa ini. Ia berlaku akibat kurangnya tidur,stress dengan masalah dan pertukaran hormon di dalam badan ibu selepas melahirkan anak. Symptoms bagi PPD ialah cepat marah, kemurungan, kesedihan, stress yang datang secara tiba-tiba dengan sebab atau tanpa sebab. Majority ibu akan mengalami semua symptoms  PPD ini. Bezanya, tahap PPD itu bergantung kepada sejauh mana mereka mengawal diri dan perasaan mereka. Kesan pada meroyan ini boleh membawa kepada penyakit gila (Psychose). Namun, jika ia berlaku, semuanya dengan izin Allah.

Tidak ada solusi lain utk mengubati penyakit jiwa ini selain daripada keterikatan hubungan kita dengan Allah melalui Al-Quran. Mana mungkin Allah akan menzalimi hambaNya yang sentiasa membaca dan mentadabur kata-kataNya saban waktu. Kerana mengingati Allah itu sendiri sudah cukup menjadi solusi ketenangan hati. 

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (13:28)

"...Allah bersama-sama kita....." motivasi Abu Bakar As-Siddiq pada Rasulullah SAW sewaktu hati Baginda penuh galau dalam Gua Thur sewaktu peristiwa hijrah.

Seorang Pakar Psikatric Belanda pernah berkata, "Seseorang tidak akan dihinggapi penyakit jiwa jika dia berpegang tegung pada agama dan yakin pada Tuhan"

Wallahua'lam.

by ummu anis summayah

Continue reading...

Sunday, April 15, 2012

0 comments 2:27 AM

My daughter is 1 month old =) (15 April 2012)


Selamat hari lahir Anis Sumayyah! Ummi doakan semoga Anis membesar menjadi anak yang sihat, baik & solehah, berjaya di dunia dan akhirat! =) =) Doakan ummi & abi =)





From your dearest Ummi, Ummu Anis
5.58pm, 15 April 2012

Continue reading...

Saturday, April 14, 2012

0 comments 9:51 AM

our beloved daughter!!


15 Mac 2012. Tarikh bersejarah. Kelahiran seorang puteri juga amanah Allah buat saya dan zauj tercinta. Moment2 kelahiran yang sememangnya saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan baik dengan bantuan Allah =) Malah, ia menjadi detik terindah bersama zauj yang turut bersama dari awal hinggalah menjelang proses kelahiran. Terima kasih Allah for both of this meaningful gifts, zauji habibi & Anis Sumayyah =)

Takut pabila berbicara tentang amanah. Kerna setiap amanah pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah kelak. Alangkan amanah Allah berupa mata, tangan, kaki, telinga semuanya amanah yang Allah pasti tanya. Apatah lagi, Allah berikan kita seorang anak untuk kita corakkan agama & kehidupannya. Jadi anak bukanlah perkara rutin yang wajib ada dalam sesebuah keluarga sahaja. Bagaimana kita corakkan anak itu menjadi penentu sama ada mereka boleh menyumbang saham pahala kepada kedua ummi & abinya atau tidak suatu hari nanti.


Anis Sumayyah, Permata hati Abi & Ummi =) =)



Continue reading...

Monday, April 9, 2012

0 comments 8:57 AM

Everything is possible


Bismillahirrahmanirrahim....

Rindu untuk menulis.Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi.Beginilah, kehidupan.Penuh ranjau dan duri.Manis, sakit, jatuh, bangun dan kadangkala tidak berupaya lagi untuk bangkit.Benarlah janji Allah, tidak akan dibiarkan kita untuk mengatakan 'Aku sudah beriman', sebelum kita diuji.adakah benar2 sudah solidkah iman kita hanya pada Allah SWT.InsyaAllah, org2 beriman itu, cukuplah Allah dan Rasul itu menjadi motivasi dan inspirasi untuk terus kuat mengharungi arus dunia ini [hurm]

Tiada apa yang ingin dikongsikan sebenarnya..Akhir kata, ingin mengucapkan..

Hepy Mothers Day to my beloved Mama....

Tiap2 hari adalah hari untuk mama....Thank u mama for everything =)

Thank you ALLAH for giving me mama and abah =) =)
Love and Miss them much3....


Continue reading...
0 comments 8:48 AM

the living soul :)


Tidak serius dalam beramal" Itulah masalah kita hari ini. Mungkin kita memilih untuk meletakkan keseriusan pada kerjaya, juga pada hal-hal yang keuntungan hasilnya dapat digapai dalam tempoh yang pantas, tetapi tidak pada perkara yang kemenangan dirasakan jauh lagi. Tiada usaha ke arah itu, atau mungkin ada usaha tetapi kurang serius, hasilnya? Kita masih di takuk lama. Orang beramal, kita juga beramal,tetapi adakah sama nilai amal mahupun usaha kita di pandangan mata Allah berbanding dia yang seriusnya melebihi kita.

Mari kita susuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna yang sentiasa menjalankan tugasdakwahnya tanpa apa-apa keluhan walau sedikitpun.

Dialah yang disebutkan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Muktamar Kelima sebagai berikut :

“Sedikit sekali orang yang tahu ketika salah seorang pendakwah Ikhwan keluar dari tempat kerjanya pada hari Khamis petang, tiba-tiba sudahberceramah di Al Minya pada waktu Isya’. Di hari Jumaat ia menyampaikan khutbah di Manfaluth, Jumaat petangnya pula berceramah di Asyut dan setelah Isya’pada hari itu ia sudah berdakwah di Suhaaj. Kemudian ia kembali pada kebiasaannya iaitu pagi-pagi buta di hari berikutnya ia sudah berada di tempat kerjanya di Kaherah mendahului pekerja-pekerja lain.

Empat pertemuan besar di berbagai kota yang berjauhan mampu dijangkauoleh seorang pendakwah Ikhwan dalam waktu tiga puluh (30) jam, lalu iakembali ke rumahnya dengan jiwa yang tenang dan hati yang damai serayamemanjatkan pujian ke hadhrat Allah atas taufiq yang dianugerahkankepadanya dan tidak ada yang mengetahui perkara itu kecuali mereka yang mendengarnya.”

Dalam kisah ini, kita lihat bagaimana beliau sentiasa berpindah dari satu kota ke kota yang lain untuk menunaikan amanah dakwah dan setelah beliau menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yangpertama sekali tiba ke tempat kerjanya malah, ia yang membukakan pintupagarnya.

Suatu ketika ia pernah mengalami keletihan hingga tertidur di atas sofa di rumah Zainab Al-Ghazali semasa beliau diutus untuk berbincang dengannya.

Melihat keadaan tubuhnya yang keletihan dan kepenatan itu, tuan rumah membiarkan tetamunya tertidur sampai ia terjaga.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk bergegas ke kota lain pula. Disebabkan keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali menghulurkan wang untuk beliau naik teksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikan wang tersebut sambil mengatakan :

“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.”

Zainab pun menjawab,

“Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Oleh itu, gunakanlah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”

Ia pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi ujian Allah swt berupa kenikmatan-kenikmatan itu, namun, saya khuatir saya tidak dapatmenghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih di atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Nah!Inilah karakter orang yang serius dalam amalnya!


Continue reading...